Dah sampai mase untuk berblog semula. Mengapakah? Sunyi? Ces... Memang pun. I yakin, ramai orang ada ketika2nya tiba2 je rasa diri kosong. Macam takde yang menyeronokkan dalam hidup sedangkan macam2 benda kita boleh buat. Haih....*mengeluh je tak habis2*

Hari ini hari Jumaat tapi macam rasa hari Sabtu plak. Best okeh. Dari minggu lepas tiap2 Jumaat cuti sampailah new year nanti. Tapi dok umah tanpa aktiviti yang sihat sangat membosankan. Semalam dah cuti. Kene amik MC sebab tetibe demam. Keje kat ofis TERSANGATLAH banyak. Niat dihati nak g ofis hari ni. Tapi taknak amik risiko. Air-cond di ofis itu sangat kuat dipasang oleh org lain. I tak berani nak naikkan suhu sebab takut org lain panas. I takut nnt kalau g ofis, i kesejukan dan demam yang baru nak kebah ni datang balik tanpa segan silunya. So, myb esok je i kunjungi ofis. Tengok keadaan kesihatan.

Macam tak best je sekarang. Seolah2 dah takde keseronokan dalam hidup. Haih... Harap2 perasaan ni sementara je. Maklum... Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kadang rimas. Setiap kali, i yang nak kena jaga hati orang. Hati sendiri? Entah! I tak suka hubungan yang tak baik dengan orang lain. Kalau boleh i nak semua orang selesa je. Tapi, kadang-kadang manusia ni.. Bila kita baik, diorang pijak kepala kita. Bila kita buat protes diorang akan cakap kita dah berubah. Habis, takkan selama2nye nak ikut cakap orang. Bila kita terkasar sikit, orang lain komplen macam2. Habis, diorang berkasar dengan kita takpe pulak. Ces... Hukum alam kan... Sabar je lah....~

Mak g kenduri kat umah Cik Kamariah. Nurul nikah hari ni. I malas nak g tgk. Esok je lah tgk dia bersanding. Selalunya i ni kalau nak kurangkan tension, i akan g ofis ngadap keje tapi dengan syarat takde sape kacau. Tapi hari ni memandangkan ramai yang overtime, mmg tak boleh lah. Diorang yang overtime tu mmg takkan kacau i. Tapi i sendiri tak selesa ramai2. Tambahan pulak dengan air-cond yang kuat. Haih.. Mengada2 sangat nih. Tak selesa ramai2 konon. Huh...~ Tapi, tulah. Betul2 nak ketenangan sekarang ni.

Petang ni rasa nak g window shopping. Cuci mata. Takde sapa kacau. Gaji dah masuk semalam tapi dah hampir habis. Banyak benda nak kena bayar. Banyak duit nak kena pakai. Kerja macam nak gila tapi duit keluar macam air je. Huh.. Inilah harga yang perlu dibayar untuk bahagiakan dan gembirakan orang lain. See? I jugak yang nak kena gembirakan orang. Diri sendiri takde sapa pun yang peduli. Huh...*mengeluh lagik* tak baik okeh....lalalalalala....~ Bukan nak ungkit, bukan nak mengeluh... Cuma luahan perasaan. Tau.. takde orang baca dan orang susah nak faham. Tapi, lega sebab dah luahkan.

Sebenarnya hidup ini indah kalau kita jujur dengan diri sendiri. Tapi malangnya i susah nak jujur dengan diri sendiri sekarang ni. Kenapa ye? Ermmm... Banyak hati nak kena jaga... OMG... Ya Allah, plsss.... berilah kekuatan. Amin....~