Assalammualaikum semua....
Mak aii... Lama sangat dah tak update blog. Bukan setakat sawang je yang dah penuh ni. Taik cicak pon melepet2 merata2 neh... Ces, takde sivik punya cicak... *Motip tetibe marah cicak? Haishh...

Sebelum apa2, nak ucapkan selamat berpuasa lah kepada kawan2 semua walaupon dah layak ucap selamat hari raya nih. Haha.. Alkisahnya diriku ini sangat malas mahu mengupdate blog ditambah pulak dengan aktiviti2 harian yang tidak begitu sibuk tetapi seakan2 sibuk. Hehe....~

Setakat hari ni dah 17 hari berpuasa. Selamat menyambut Nuzul Quran juga. Dah masuk minggu ketiga pon. Haishh.. Aik, dah mengeluh? Itulah dia. Banyak sangat pulak dogaan dan cobaan sepanjang berpuasa nih. Minggu pertama puasa i batuk2 seminggu. Tapi tak demam. Minggu kedua pula, awal2 minggu dah lega sebab batuk dah ok tapi start hari Rabu badan dah start tak sedap. I gagahkan diri jugak g keje. Tapi hari Khamis sangat teruk. I melepet kat meja je dan hari Jumaat, i dah terbongkang kat umah. Haha... Tak larat nak g keje. Nak g klinik pon kene ada org jemput dan hantarkan. TQ dear..

Doktor cakap i kene virus tapi bukan H1N1. Fuh... Selamat. Titik.. Taknak cite pasal virus tu. Hehe.. Sebenarnya masih tak berapa sihat ni. Tak larat lagi. Setakat online, update facebook bolehlah. Kalau nak buat kerja berat2 memang i akan pengsan dan membongkang lagi sekali. Haishh.. Taktau esok larat atau tak g keje. I cuba je lah.

Okaylah, stop dulu. Jumpe lagi.. (Mungkin time2 dah dekat nak raya nnt) Hehe...

p/s: Ada sorang ofismate i awal2 puase dah pasang lagu raya. Semangat kan... Lalalalalala...~ =)


This entry was posted on 8:11 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: