Lama i tak datang sini. Tempat i bercerita kisah suka duka. Jiwa rasa sayang ini betul2 buat i rasa lega sebab takde sape yang nak marah bila i mencoret kat sini. Cuba kalau i mencoret kat dinding umah. Komfem emakku membebel tanpa batasan. Hahaha..
Masuk2 je,huishh...banyaknya sawang.. *Sangat tipu kan.. Blog mane leh bersawang* Perumpamaannya lah. Mentang2 merempat kat hosting free, i hanya singgah tatkala jiwa resah & gundah gulana hendak bercerita. Bukannya sengaja. Sesungguhnya akhir2 ini sangat bz. On9 pon kat ofis. Balik umah tidooooo.....
Hari ni kan,tibe2 i jadik budak kecik.. Tak matured,i buat balik perangai zaman2 form 4 form 5 dulu suka baling barang bila geram. Dulu selalu sangat budak lelaki kene baling i. Yela,suka sangat menyakat. Gunalan,Mami,Zul,Qayyum,arwah Ikhlas (Al-Fatihah),Zaipong,Abang dan lain2 adalah mangsa yang selalu kene baling dengan i. Pen,pensel dengan pemadam i selalu hilang sebab i suka melontar ala2 melontar peluru. Hehehe..
Maybe i masih dilanda sindrom PMS. Emosi tak stabil. Dari pagi memang i kena buat keje yang bukan keje i. Ok,xde masalah. I buat ikhlas. Yela,ape salahnya tolong menolong. Then,kene maki diatas kesalahan yang i tak buat. Takpe lagi. Yela.. Dah i yang telefon Prof. tu. Mestilah dia ingat i yang handle 100%. I sabar lagi.
Staf2 fakulti ramai yang baru2 kot. Proses berjalan slow. I kene cepat. Kalau tak,kesian boss i kene marah dengan ****. I telefon sana sini nak setelkan dokumen & proceed sume bende. Semua tak tau padahal diorang yang buat semua tu. Apsal la diorang ni sume tak tau. Makan gaji buta ke ape. Orang sini pass kat orang sana,orang sana pass kat orang sinun. Lepas tu orang sinun pass balik kat orang sini. Haiyoo... Very2 tak professional kan.. Geram. I still ok time tu.
Kemuncaknya bila i kol 4 nombor untuk cari maklumat tapi semua tak angkat. I kepenatan. Lepas tu,fon kat meja i berbunyi. I semangat angkat okeh sebab ingat staf kat fakulti respon balik. Mengharap nih. Rupa2nye ofismate i buat perangai sengal kol ext no i nak cakap dengan i. I semangat betul,terus cakap ye saya... Lepas tu die gelak2.. Nampak sangat nak mainkan i. Ya Allah,i geram sangat. Dan pen merah kilometrico menjadi mangsa melayang ke arah kawan i yang sengal tu. Hehehe.. Sori semua kawan2 yang melihat kejadian tersebut. I memang salah sebab emusiiiii....... Huhuhu.... *Nanges sambil menginsafi diri*
Lepas tu i g depan.. Jumpa sorang ofismate. Tapi,dah macam mak. I peluk die. Tibe2 keluar air mate. Fuh,satu lagi aksi tak matured muncul dari i. Akak tu gelak2 je. Lepas tu,i ok balik. Tadaaa... I gelak2 macam biase. Sebab beban dah lepas. Air mata dah keluar. Segala ketensenan i dah habis selepas keluarnya air mata tersebut. Benda ni macam simple tapi bagi i, i tak perlu simpan. Kalau simpan,maybe lagi teruk.
Terima kasih kepada yang memahami. I cuma insan lemah yang serba kekurangan. I bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang walaupun jalan hidup i tak pernah lancar seperti orang lain. I memang tak sempurna. Okeh,dah lega walaupun belum tentu ada orang baca. Haha.. Sebab yang terbuku dalam jiwa yang lara ini sudah kulepaskan....=)
.jpg)


0 comments: