Takde apa pun nak cerita hari ni. Cuma bosan tak tau nak buat apa. Jadi,merepek2 la i kat sini.

Mak tanak pulut dengan kuah durian. Semalam Angah balik dari Jelai beli banyak sangat durian..(motip sangat taknak bagi i makan..i batuk..hu2..) Lepas tu suruh mak buat kuah durian sebab "mak labu" terbaru kat umah ni iaitu akak ipar i yang no 2 tu mengidam pulut kuah durian.. Payah bona la orang ngandung ni. Macam2 mintak. Minggu lepas mengidam rendang ayam kampung. Minggu ni pulut durian. Takut2 minggu depan mengidam daging unta plak. Terukla Angah nak cari unta di bumi Malaysia neh. Haha..

Ooooo.... mengutuk orang mengidam ye. Hahaha... Tu la istimewanya pembawakan budak,semua benda jadi sedap. Tapi,mak cakap kalau orang mengandung mengidam,kita kena buatkan atau carikkan sebab kalau tak dapat,nanti baby yang lahir tu asyik meleleh je air liur dia. Sebab tak dapat apa yang dia nak waktu dalam perut. Betul kah?

I tengah minum milo skang. Panas2...Sedap.. Makan dengan pulut kuah durian. Saje je nak menambahkan lemak dalam badan. Hihihi.. Mak dah buat,kenala makan. Esok2 habis kempunan pulak. Hek3..(Sila jangan jeles Ateh..! Hik2...)

Anyway, hari ni keje ok. I dapat detect something. Senior buat salah yang sama dengan i,tapi boss tak suruh dia betulkan. Boss sendiri betulkan dan luluskan. Mudahkan?.. Hehe.. Kalau i yang buat,memangla kena ketuk jari satu round. Ingat i budak sekolah? Huhu...I tak kisah. Bila boss marah,i tau boss sayangkan i. Saya budak baru belajar, jadi yang salah kena la tunjukkan...Hahaha...(motip memujuk hati yang rawan)

Suara i dah semakin rock kapak. Angkat telefon kat ofis,caller tu akan cakap mcm ni. "Erm.. En.Zul ke ni?" Hehe.. Sabar je la.. Okaylah, merepek je i. Hari ni emosi okay walaupun banyak cabaran dan rintangan.. Jumpa lagi...=)


This entry was posted on 10:04 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    monstorious wife said...

    sedappnyaaa!! pulut kuah durian.. mcm terasa-rasa je kat tekak.. **matila kalah orang mengidam..

  1. ... on February 11, 2009 12:03 AM  
  2. aya_id said...

    ntah2 kak ilot mmg tgh mengidam...wink2...haha...larriiiiiiii....

  3. ... on February 11, 2009 7:37 PM