
Geram la... Banyak sebab i jadi panas hari ni. Bak lagu Ifa Raziah,panas..panas.. ku semakin panas.. Fuh..fuh...fuh... Tolong tiup api kepanasan ini...
Sebab-sebab i jadi panas :
Pertama - Ada kawan i ajak main boling. I taknak sebab i banyak hal nak kene buat. Lepas tu dia marah2 i cakap i bg banyak alasan. Tolongla... Apsal nak paksa2 i. I ada urusan keluarga. Abis,i nak tolak tepi parents ke..? Then,g main boling dengan dia. Helo,i lagi pentingkan family dari kwn2.. Titik.
Dia ajak i pon sebab dia dah gatal sangat nak main boling dengan kawan2 lelaki tapi takde orang nak temankan dia. Maaf kalo ayat kasar. Tapi,mmg tu la dia. Gatal nak keluar dengan budak2 lelaki tapi tau takut kene diapa-apakan.. Jadi,ajakla i teman. Motip sangat nak gunakan i untuk kepentingan peribadi. Emosi la camni.
Kalau i free,takde hal apa2,i tak kisah nak temankan. Tapi i dah ada plan dengan mak i. Dengan family semua. Tolongla faham. Ni tidak,tuduh i bukan2. Mana i tak makin panas. Kawan ke macam tu. Huhuhu... Dah la ajak last minute. Lagila i tak dapat nak join. Sengal la dia tu. Tak fikir perasaan orang langsung..
Okay,abis cerita pasal dia. Sebab lain i panas adalah
Kedua - Line streamyx i dari petang tadi buat hal. Mula2 line slow tak terkata. Lepas tu asyik nak disconnect je. Angin satu badan dibuatnya. Dah la i ada keje nak siapkan. Boleh plak line ni jadi chipsmore. Kejap ada,kejap takde. Kengkawan ym sume dok gelak2 kan i bile i keluar masuk. Dah la 'Tomok' online. Harus i malu 8 round. Aik.. tu pon nak malu ke?.. Haha.. Takde motif pun nak malu... Weeee.......~ Sekarang ni pon line ni masih dengan permainan nyorok2 beliau. Kejap ada,kejap takde. Sabor je le teman...
Ketiga - I panas sebab mamat sebelah umah asyik berhibur dengan gitar beliau.. Nyanyi lagu entah apa2 bunyi. Tak sedap sangat. Sakit telinga. Ateh,ko mesti tau sape. Huh,Sarah panggil beliau 'uncle gigi' sebab kalo bawak moto asyik nak tayang gigi. Cantik sangatkah gigi anda?.. Malas la nak kutuk. Berdosa. Hehe..
Okay,sambung.. Dah la suara tak sedap. Lepas tu bunyi-bunyian yang muncul dari petikan gitar beliau sangat tidak indah di pendengaran i. Tau tak orang tercekik tulang bercakap macam mana. Haa... Macam tu la suara 'seniman uncle gigi' tersebut. Perasan seniman la dia tu. Nyanyi ala-ala penyanyi jalanan. Tapi,tolongla.. I tak boleh terima.. Sangat buruk tidak terperi...
Owh,ampunkan aku tuhan kerana mencerca kurniaan Mu.. Tidak2.. Aku tidak mencerca kurniaan Mu.. Hambamu ini hanya mencerca manusia yang tidak sedar diri yang masih berdendang tanpa mengenal rasa bersalah. Sound kang,kecik hati plak.. (Sebenarnya i kurang berani... Hikkk...)
Keempat - Ada budak ni asyik nak buzz i. Gila buzz ke apa. I dah bgtau i sibuk. Ada keje nak buat. Nanti bila i free i tegur dia balik. Tapi tak faham bahasa. Kejap2 buzz.. Kejap2 salam.. Siap tulis tak jawab salam berdosa tau. Alahai... Tak tau nak komen apa dah manusia macam tu.. I jumpa dia,memang i tabuk je..
Dan yang kelima - Naim tuduh i curik Mimi dia. Sebenarnya Mimi yang datang sendiri umah i. Ko memang suka carik pasal Naim. Ko ingat bila ko kawan dengan budak motor ekzos buluh tu,ko dah hebat sangat eh. Huh.. Takdo yang hebat.. Malah kelihatan sangat tidak mengkagumkan di mata i. Huh,moto tu i nak adjust ekzos dia. Bila korang nak start,tiba2 melompat atas bumbung umah. Motip macam cerita seniman bujang lapok. Haha.. Lawak gila adegan tu.. I gelak guling2. Tak logik okeh tapi kelaka... Uiks.. Dah lari topik..
Naim memang suke buat tuduhan palsu. I tak curi Mimi Naim. Mimi tu yang tak suke dengan Naim. Yela.. Mimi tu nak bebas. Nak jalan2. Tapi Naim asyik kurung dalam rumah je. Asyik pelok je.. Rimas la Mimi tu.. Apela Naim,taktau psikologi haiwan sungguh. Hik3.. Mimi tersebut adalah seekor kucing.. Terima kasih..

Okay, itu saje kepanasan untuk hari ini. Line i masih bermasalah. Seniman uncle gigi masih menghiburkan diri dan I masih panas. Abah,tolongla pasang air-cond kat rumah ni. Sejuk sikit. Huhu.. En.Adi pasti gumbira dan pulang selalu. Haha..(Lawak je abah..ampoonnn..)
Esok keje.. Keje banyak tak terhingga. Ada orang kata i warkaholic..(betul ke eja?).. haha.. Tapi,takde la pon. Sambil2 keje i masih boleh bercerita dan bergosip-gosipan. Hek3... Sekian... Tata.....~
.jpg)


7 comments:
Anonymous said...
ko belasah je seniman tu..aku pun xsuka dia.
kimot said...
dasat gak kwn tu ye??? gedik semacam ajer.. belasah jer...
uncle gigi tu..hari2 byk kali dtg umah dia bg sokongan supaya nyanyi, ala2 peminat fanatik, kaco hidup dia 24jam. boleh???
Anonymous said...
uncle gigi tu berpegang kpd prinsip praktis make perfect...hehehe...
13may said...
main gitar walaupun sumbang...awek boleh tangkap syok wooo...hehhe hehhe
aya_id said...
anonymous 1 - i takot nak belasah..haha..
kimot - kwn i tu sgt gedik.idea yg bagus utk uncle gigi tersebut.bravo2..i'll try..haha...
anonymous 2 - die xkan perfect smpai bile pon..hu2..
13may - oh,terujanye...sudi singgah di blog i..haha..xde sape syok bile dgr suara beliau..percayela..hu2..
monstorious wife said...
uolls, cuba record sikit nyanyian sumbang Encik Gigi itu.. Akak nak dengar uollss..
Pastu bolehla beramai-ramai kita pose2 simon cowel memberi ulasan..
aya_id said...
wahhh........okeh2...i'll try...mlm ni gak i mulakan aktiviti...