Aku masih mencari diri. Tak pasti mahu menjadi pujangga atau menjadi pengembara. Sejujurnya aku tidak suka terikat dan tidak suka mengikat. Aku tidak mahu jadi seperti komputer yang diprogramkan. Dan tidak mahu menjadi seperti robot yang yang tidak tahu perkembangan dunia. Aku mahu menjadi manusia yang bebas mengikut kata hatiku. Tapi yang pasti aku disini kerana mengejar kebebasan yang aku cari-cari. Aku bosan apabila setiap hari aku melakukan pekerjaan yang sama. Kalau hari-hari makan nasi dengan lauk yang sama mesti kita akan jadi tidak berselera. Betul tak?

Dan kerana kebebasan yang aku idam-idamkan itulah aku terdorong kesini. Tercampak ke daerah kecil dipinggir bandar yang sedang berselirat nyawanya. Syukur, angin desa masih segar disini. Pokok nyiur masih melambai riang dan ayam togel masih mahu riang berkokok. Aku akhirnya betul-betul rasa bebas. Kerana rasa yang satu itu, aku nekad meninggalkan kota, meninggalkan periuk nasiku, meninggalkan segala simpang siur kota.

Rasa seperti baru dilahirkan semula. Akhirnya, sirih pulang ke gagang. Seluang pulang ketepi pantai. Dan aku pulang ke kampung. Bunyinya seperti sudah terlalu lama aku merantau. Ceritanya seperti aku adalah pengembara yang meneroka dunia beribu-ribu batu. Ya, itulah yang aku rasa walaupun sebenarnya menurut emak, jaraknya cuma dua jengkal. Dari kampungku di Selangor ke Ampang, mak kata dua jengkal? Mak ni, memang lemah matematik sungguh. Itu yang selalu aku rungutkan kepada emak. Emak hanya senyum. Tiada komen. Tapi, kerana emak juga, aku berani ambil keputusan sebegini. Emak langsung tak kisah? Aku baru sedar bahawa emak betul-betul mengerti apa yang aku rasakan walaupun aku tahu emak tidak mengerti sepenuhnya tetapi hati kecil seorang emak tidak pernah menipu. Emak tahu apa yang ada dihatiku.

Walaupun menurut emak, jarak cuma dua jengkal, tetapi aku betul-betul merasakan sempadan yang amat sangat. Sempadan hidup, sempadan manusia, sempadan waktu, sempadan bunyi, sempadan pandangan. Dan macam-macam sempadan lagi. Biar aku jelaskan garis-garis sempadan tersebut.

1. Sempadan hidup : Hidup disini bebas. Tidak perlu manjadi robot yang diprogramkan. Boleh tengok abah tebang pokok pisang dan boleh tengok abah buat lastik.

2. Sempadan manusia : Manusia pun berbeza. Aku tidak perlu berlakon menjadi lain daripada diriku sendiri. Aku menjadi aku. Seronok sangat. Dan sekarang aku dah boleh jumpa anak-anak buahku selalu. Paling tepat, aku kena belajar balik kenal saudara mara.

3. Sempadan waktu : Aku tidak perlu lagi bangun pukul 6 pagi dan tidur pukul 3 pagi. Aku rasa macam dah jadi budak medic. Tetapi, disini aku menjadi manusia yang biasa dengan tidur yang cukup dan tiada lagi masalah eye bag. Benarkah begitu? Memang betul. Gelap bawah mataku sudah semakin kurang.

4. Sempadan bunyi : Aku boleh dengar ayam berkokok tiap-tiap pagi. Dan aku tidak perlu lagi dengar bunyi orang memasak dari kedai mamak. Yang aku dengar adalah keindahan bunyi sudip lama dan kuali rentung emak.

5. Sempadan pandangan : Pandangan lebih luas. Dapat menikmati keindahan pokok bunga daun merah, puding kuning, pinang merah, wangi malam. Paling mengasyikkan sudah tentu pokok pisang abah. Hehehe....

Kepulangan aku dari ‘rantau’, membuat banyak pihak bertepuk tangan, meraikan kemenangan. Puncanya aku juga. Terlalu taksub dengan keindahan kota. Terlalu khayal dengan daki dunia. Akhirnya aku menyesal sendiri. Kalau dulu, aku sungguh-sungguh mempertahan keputusanku, tetapi kini aku sedar bahawa keputusanku dikala pemikiranku belum matang betul-betul menyakitkan diri.

Tetapi, walau apa yang telah berlaku, aku sedar sedikit sebanyak ia tetap menjadi salah satu kenangan terindah walaupun tidak seindah sewaktu menikmati cendol bersama Amir suatu masa dahulu. Amir? Bila teringatkan empat huruf itu, aku rasa macam nak pitam.



Hehehe......indah kan duduk2 dikerusi batu tersebut.... Suasana di kampung sangat indah...Marilah beramai-ramai kita nyanyikan lagu AYAM DEN LAPEH....hek3.....=)


This entry was posted on 8:58 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    aya_id said...

    sendiri tulis sendiri komen...hahaha...desperedo...

  1. ... on January 9, 2009 12:55 AM