Gila la kan... Tiba-tiba je nak andainya aku... Kenapa baru hari ni i update blog yang sudah bersawang ini? I sendiri tak tahu... Jiwa kacau... Bahagia tapi i kurang senang dengan cakap-cakap orang sekeliling... Ya Allah... I cuba untuk tidak sakitkan hati orang... Tapi, hati i tetap disakiti... Mungkin tidak perlu dibesar-besarkan...

Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita kan...? kan? kan? *entry luahan ini adalah semata-mata untuk memujuk diri sendiri yang sedang berduka lara dengan orang sekeliling yang suka buat kesimpulan tanpa mengetahui cerita sebenar*

Okay, i dah kembali normal... Esok kembali dengan tugas hakiki di pejabat. Kembali dengan tugas-tugas mencabar dimana i diberi gaji oleh kerajaan untuk melaksanakannya...=) Bergembira dan senyumlah dengan ikhlas....~




Dah sampai mase untuk berblog semula. Mengapakah? Sunyi? Ces... Memang pun. I yakin, ramai orang ada ketika2nya tiba2 je rasa diri kosong. Macam takde yang menyeronokkan dalam hidup sedangkan macam2 benda kita boleh buat. Haih....*mengeluh je tak habis2*

Hari ini hari Jumaat tapi macam rasa hari Sabtu plak. Best okeh. Dari minggu lepas tiap2 Jumaat cuti sampailah new year nanti. Tapi dok umah tanpa aktiviti yang sihat sangat membosankan. Semalam dah cuti. Kene amik MC sebab tetibe demam. Keje kat ofis TERSANGATLAH banyak. Niat dihati nak g ofis hari ni. Tapi taknak amik risiko. Air-cond di ofis itu sangat kuat dipasang oleh org lain. I tak berani nak naikkan suhu sebab takut org lain panas. I takut nnt kalau g ofis, i kesejukan dan demam yang baru nak kebah ni datang balik tanpa segan silunya. So, myb esok je i kunjungi ofis. Tengok keadaan kesihatan.

Macam tak best je sekarang. Seolah2 dah takde keseronokan dalam hidup. Haih... Harap2 perasaan ni sementara je. Maklum... Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kadang rimas. Setiap kali, i yang nak kena jaga hati orang. Hati sendiri? Entah! I tak suka hubungan yang tak baik dengan orang lain. Kalau boleh i nak semua orang selesa je. Tapi, kadang-kadang manusia ni.. Bila kita baik, diorang pijak kepala kita. Bila kita buat protes diorang akan cakap kita dah berubah. Habis, takkan selama2nye nak ikut cakap orang. Bila kita terkasar sikit, orang lain komplen macam2. Habis, diorang berkasar dengan kita takpe pulak. Ces... Hukum alam kan... Sabar je lah....~

Mak g kenduri kat umah Cik Kamariah. Nurul nikah hari ni. I malas nak g tgk. Esok je lah tgk dia bersanding. Selalunya i ni kalau nak kurangkan tension, i akan g ofis ngadap keje tapi dengan syarat takde sape kacau. Tapi hari ni memandangkan ramai yang overtime, mmg tak boleh lah. Diorang yang overtime tu mmg takkan kacau i. Tapi i sendiri tak selesa ramai2. Tambahan pulak dengan air-cond yang kuat. Haih.. Mengada2 sangat nih. Tak selesa ramai2 konon. Huh...~ Tapi, tulah. Betul2 nak ketenangan sekarang ni.

Petang ni rasa nak g window shopping. Cuci mata. Takde sapa kacau. Gaji dah masuk semalam tapi dah hampir habis. Banyak benda nak kena bayar. Banyak duit nak kena pakai. Kerja macam nak gila tapi duit keluar macam air je. Huh.. Inilah harga yang perlu dibayar untuk bahagiakan dan gembirakan orang lain. See? I jugak yang nak kena gembirakan orang. Diri sendiri takde sapa pun yang peduli. Huh...*mengeluh lagik* tak baik okeh....lalalalalala....~ Bukan nak ungkit, bukan nak mengeluh... Cuma luahan perasaan. Tau.. takde orang baca dan orang susah nak faham. Tapi, lega sebab dah luahkan.

Sebenarnya hidup ini indah kalau kita jujur dengan diri sendiri. Tapi malangnya i susah nak jujur dengan diri sendiri sekarang ni. Kenapa ye? Ermmm... Banyak hati nak kena jaga... OMG... Ya Allah, plsss.... berilah kekuatan. Amin....~



Rindu itu terlalu sakit kan? Ada doktor tak? Rindu kat dia sangat2 lah!


Assalammualaikum semua....
Mak aii... Lama sangat dah tak update blog. Bukan setakat sawang je yang dah penuh ni. Taik cicak pon melepet2 merata2 neh... Ces, takde sivik punya cicak... *Motip tetibe marah cicak? Haishh...

Sebelum apa2, nak ucapkan selamat berpuasa lah kepada kawan2 semua walaupon dah layak ucap selamat hari raya nih. Haha.. Alkisahnya diriku ini sangat malas mahu mengupdate blog ditambah pulak dengan aktiviti2 harian yang tidak begitu sibuk tetapi seakan2 sibuk. Hehe....~

Setakat hari ni dah 17 hari berpuasa. Selamat menyambut Nuzul Quran juga. Dah masuk minggu ketiga pon. Haishh.. Aik, dah mengeluh? Itulah dia. Banyak sangat pulak dogaan dan cobaan sepanjang berpuasa nih. Minggu pertama puasa i batuk2 seminggu. Tapi tak demam. Minggu kedua pula, awal2 minggu dah lega sebab batuk dah ok tapi start hari Rabu badan dah start tak sedap. I gagahkan diri jugak g keje. Tapi hari Khamis sangat teruk. I melepet kat meja je dan hari Jumaat, i dah terbongkang kat umah. Haha... Tak larat nak g keje. Nak g klinik pon kene ada org jemput dan hantarkan. TQ dear..

Doktor cakap i kene virus tapi bukan H1N1. Fuh... Selamat. Titik.. Taknak cite pasal virus tu. Hehe.. Sebenarnya masih tak berapa sihat ni. Tak larat lagi. Setakat online, update facebook bolehlah. Kalau nak buat kerja berat2 memang i akan pengsan dan membongkang lagi sekali. Haishh.. Taktau esok larat atau tak g keje. I cuba je lah.

Okaylah, stop dulu. Jumpe lagi.. (Mungkin time2 dah dekat nak raya nnt) Hehe...

p/s: Ada sorang ofismate i awal2 puase dah pasang lagu raya. Semangat kan... Lalalalalala...~ =)


Haiyo ai. Tiba2 gila nak buat entry lagi. Kau demam ke budak buat entry selang setengah jam? I bosan. Sarah Amir dah tido.

Penah tak terjadi kat korang. Orang yang rapat dengan korang tak penah hargai korang sepatutnya. Orang tu lebih menghargai orang lain yang dia baru kenal sebelum korang. Korang tak dihargai walaupun korang dah buat macam2 untuk orang tu?

Penah tak terjadi kat korang. Korang dicari waktu diperlukan sahaja. Lepas tu boleh blah. Sebabnya korang tak kaya. Ataupon korang takde degree atau belajar tinggi2. Ataupun sebab korang tak cantik atau tak hensem. Korang akan didekati bila korang ada kepentingan sahaja.

Ini bukan emosi. Ini benar2 terjadi di dunia yang fana ini. Benda ni kat sekeliling kita kan.. Assalammualaikum...=)


Hari ini hari Sabtu. Perasaan? Bosan tahap yang melampaui batas. Keje? Owh, tidak untuk hari ini. Tiada mood yang melanda diri ini untuk rajin bertugas di Hari Sabtu seperti selalu.

Abah : Tak keje hari ni?
Aya_id : Tak
Abah : Kenapa?
Aya_id : Malas. Hehehe..
Abah : Sejak bila malas?
Aya_id : Baru je.
Abah : ??????? (Muka tanda tanya)
Aya_id : Konvo start hari ni. Parking takde. Malas la nak berebut2 parking. Lagipun keje tak banyak.
Abah : Ok..

Hahahahahaha..... Satu penipuan dari i. Keje tak banyak ye. Walhalnya balik keje semalam meja bersepah2. Disemua sudut meja ada dokumen dan baucer bersepah. Siapa2 yang ada kat ofis tu, tolong siapkan boleh? Hahaha..

Tadi keluar kejap beli barang dapur. Sangat geram la. Dah ada lorong untuk motosikal, lalu je la lorong sendiri. Ni tidak. Tetap nak menyibuk dilorong kereta. Duduk tengah2 plak tu. Kereta dah la banyak. I nak potong pun sangat susah. Dah la bawak slow. Marah kang kecik hati.. I tak marah kalau berhati2. Tapi, kalau dah tau slow, dok la tepi. Dah ada lorong sendiri, janganla menganggu laluan orang lain.

Tiba2 nak merajuk. Kalau jumpa pakcik tu, i taknak tegur. Pakcik tu mementingkan diri sendiri kan.
Okaylah, mak panggil. Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Terima Kasih!

Orang yang dimaksudkan didalam gambar ini... *jangan amik royalti pakcik* =)